Saturday, September 26, 2009

adeh~!! letih sial ketawa pas bace entry nih
dis entry is written by ma x-skullmate, tasnim bin jamal abdul nasir
it's maybe sound a lil' bit ridiculous
but it's totally true.. check it out~!!




Waktu tingkatan tiga dulu,sekolah aku dilanda satu fenomena,fenomena mengorder dan membeli McD.Ye lah,agaknya benda ni dah biasa kat budak-budak sekolah bandar tapi sekolah aku ni sekolah kampung je,jadi nampak havoc dan happening sikit la.Waktu tu,tiap-tiap hari,mesti public phone depan aspura mahupun aspuri penuh sesak dengan pelanggan-pelanggan setia McD yang menelefon untuk order makanan McD dari satu-satunya cawangan yang ada dalam daerah Temerloh ni,yang terletak kat Mentakab.Kesesakan kat kawasan public phone tu berganda tatkala pada hujung minggu sampai adik-adik Form 1 menangis teresak-esak dalam tandas sebab tak dapat telefon mak ayah untuk suruh ambil baju yang tak basuh lagi.
Mereka ni sebenarnya bukan menempah untuk diri sendiri je,tapi bertindak juga sebagai wakil rasmi kepada sahabat-sahabat mereka yang mungkin terlebih wang.Memandangkan di sekolah takde subjek Ekonomi,maka masing-masing pun tak ariflah dalam membuat investment tetapi sebaliknya menyalurkannya ke dalam perut masing-masing.Mungkin pada pandangan peribadi masing-masing,inilah investment yang terbaik untuk masa depan memandangkan melalui pengambilan makanan maka supply lemak,karbohidrat dan protein akan berpanjangan dan bertepatan dengan diet yang seimbang justeru akan menghasilkan badan yang sihat dan kuat,bak kata cikgu PJ.
Kalau order pagi,maka tengahari pun akan kedengaranlah di corong speaker suara-suara pakguard dan makguard membuat announcement untuk bagi tau order dah sampai.Kalau order tengahari,maka sebelah petangnya pun samalah keadaannya.Ayat yang pakguard dan makguard sama je untuk setiap announcement,cuma nama yang dipanggil bertukar-tukar.
Contohnya
:-"Perhatian kepada pelajar aspuri yang bernama Minah binti Abu,sila datang ke pos pengawal kerana Abang McD dah sampai~".
Begitulah tugas pakguard dan makguard yang setia tanpa mengambil sebarang komisyen bila Abang McD bermotor merah datang.Maka,glamour la sekejap pemilik nama yang dipanggil.Saat itu juga,budak-budak aspura pun berkumpul dan bertenggek di tepi tingkap belakang langsir untuk mengusha gerangan budak aspuri yang akan ke pos pengawal untuk mengambil order McD mereka.Mungkin situasi yang sama juga berlaku di aspuri tatkala nama budak aspura diseru.Itu saya tak tahu.
Kemudian,bila sampai kat dorm,maka si wakil rasmi tadi serulah sahabat-sahabatnya memanggil bahawa McD yang diorder dah sampai dan boleh diclaim dengan segera.Maka,datanglah investor-investor untuk mengambil hak masing-masing.Jelas terpancar pada muka mereka prospect yang akan dapat tatkala kenyang melatah makanan McD.Tak kira dari mana,sama ada dari Rumah Merah kat aras 3 sanggup turun ke dorm bawah.Begitu juga mereka yang khusyuk mentelaah pelajaran menggalas seribu harapan mak ayah,ditinggalkan segala buku demi menjamu perut dahulu.Yang tengah lena tidur petang pun segera bangkit meninggalkan bantal yang ada peta Costa Rica dan Paraguay sebaik nama diseru.Maka berkumpullah semuanya di sekeliling wakil rasmi yang telah mereka lantik dan masing-masing menghulurkan tangan meminta McD yang diorder.
Kemudian,sesudah selesai proses mengagih-agih,kembalilah semuanya ke tempat asal.Ada yang simpan dulu untuk makan buka puasa sunat nanti,ada juga yang makan belakang loker sebab takut dikecek oleh senior,ada yang sorok bawah bantal dan ada yang makan sambil tengok cerita Hindustan.

***
Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim mulut masing-masing dibuka dan makanan dari McD tersebut dinikmati perlahan-lahan diselangi dengan tegukan air masak dari Dema*Ini kepada sesiapa yang tak de duit lebih untuk beli air Pepsi atau Coca Cola.Sesudah itu, kenyanglah perut masing-masing diakhiri dengan sedawa.Tatkala itu,proses digestion pun berlaku di mana karbohidrat akan diconvert menjadi glucose,protein menjadi amino acid dan seterusnya.Ala proses yang macam kita boleh baca dalam buku teks Biology Form 4 ataupun Science Form 2 tu la~.Sekiranya inginkan info tambahan,bolehlah dibuka ensiklopedia yang berhabuk yang berdekatan.Jadi,secara biologinya,inilah yang dikatakan investment yang mapan.

***
Begitulah keadaannya sepanjang tahun.Jadi,kalau disemak annual report untuk McD cawangan kat sini,aku yakin dan percaya tanpa syak wasangka 53% keuntungan McD di sini tu datang dari sekolah aku.Tapi yang peliknya,lepas aku naik Form 4,dah tak de dah budak yang main tempah McD ni.Agaknya sebab batch senior yang mula-mula start buat benda ni jadi tradisi kat sekolah dah habis sekolah.
Tammat.