apa agaknya yang korang isi?
kalau dulu, aku dengan bangga nya menulis MELAYU
tapi sekarang, aku mula ingin menulis bangsa MALAYSIA.. bukan kerana aku malu dengan bangsa melayu, tapi aku rasa, boarderantara races ni patut dirobohkan. tak kiralah anda melayu ke, cina ke, india ke mahupun bangsa-bangsa lain.
aku mula start berfikir macam ni semenjak aku masuk KTT ni. ye lah, sebelum ni aku belajar kat sekolah yang penuh dengan orang melayu yang beragama islam. semua nya sama. tapi, kat sini, aku mula belajar untuk berkongsi dengan bangsa lain. belajar untuk tolerate dengan mereka. mula-mula, agak janggal juga lah sebab tak biasa bergaul dengan bangsa lain. tapi lepas, dah kenal, mereka jauh lebih baik dari apa yang aku expected.
kat KTT ni la aku belajar mengenali culture lain. aku dah mula pakai baju punjab suit masa deepavali dan berjaya mempengaruhi ezza dan nisa untuk sama-sama join aku pakai punjab suit ni.. nak tengok gamba..? meh r tengok ni..

hihi.. sangat best la hari tuh. memang rugilah mereka yang tak dapat peluang berseronok macam ni. kalau PM kita sibuk nak mencari contoh terbaik 1Malaysia.. i give him THIS!
.nanti raya cina ma0 pakai cheongsam pulak ah.. kih3x.
No comments:
Post a Comment
comment..please?