Aku cakap terus-terang, aku satu kem dengan abang Sepp Blatter yang menentang penggunaan teknologi dalam bolasepak.
Alasan aku sama juga dengan Sepp Blatter. Macam Blatter cakap, "society is not perfect, football is not perfect, it must retain its human face."
Ramai dari kita mungkin tak sedar, tapi kita suk bolasepak kerana ianya tak sempurna. Kita suka kerana ia penuh penipuan, penuh drama, sandiwara, keputusan kontoversi, keputusan meragukan dan macam-macam lagi. Bukan sekadar sebab ianya menyajikan permainan yang menarik.
Apalah bolasepak jika kita tidak boleh hentak gelas dan tumbuk meja di kedai mamak kerana marahkan pemain atau pengadil? Apalah bolasepak jika kita tidak dapat memaki hamun pemain dan pengadil? Apalah bolasepak kalau semasa, selepas dan sebulan kemudian selepas tamat perlawanan kita tidak boleh berbincang dan berdebat dengan kawan-kawan pasal perlawanan yang penuh kontroversi?
Itu sebab kita suka bolasepak. Itu sebab bolasepak sukan nombor satu dunia. Sebab ia cermin kepada kehidupan seharian kita yang juga penuh kontroversi.
Piala Dunia 2010 tidak akan menjadi sesuatu yang menarik jika tidak kerana insiden-insiden kontroversi. Macam Mauel Neuer yang berlakon dengan baik untuk mengeluarkan bola dari gawang hasil tendangan Frank Lampard. Atau Abdelkader Keita yang berpura-pura cedera teruk sehingga Kaka dilayangkan kad merah. Atau pagi tadi bila Luis Suarez bermain 'bola tampar' untuk menyelamatkan Uruguay dari kalah kepada Ghana.
Semua itu cerminan kehidupan seharian kita. Apa yang Neuer buat sama seperti yang kita lakukan bila hendak menyelamatkan diri sendiri, sekalipun sampai menipu. Siapa yang tak pernah tipu untuk selamatkan diri sendiri? Suarez berkorban untuk rakan-rakan, sekalipun apa yang dibuatnya salah dari segi etika dan undang-undang. Kita juga bila terdesak akan buat benda yang sama.
Bolasepak tidak sempurna dan itulah sebab kita suka bolasepak. Bayangkan kalau teknologi ulang tayang hendak digunakan, perlawanan Jerman dan England akan terhenti 10 saat sementara rakaman video dikaji semula. Kita yang duduk di stadium, kedai mamak atau atas sofa di rumah pula hanya terdiam menunggu keputusan kajian video. Langsung tidak ada peluang hentak meja atau maki hamun pengadil.
Sebab itulah bolasepak harus dan sentiasa kekal sebagai 'the simplest game'. Sukan yang undang-undangnya paling mudah dan semuanya diputuskan oleh seorang pengadil atas padang, tak kiralah si pengadil itu bijak atau bebal.
Kerana kalau hendak guna teknologi atau undang-undang yang lebih ketat, kita tidak akan ada Neuer, Keita atau Suarez dalam Piala Dunia ini dan bolasepak akan jadi membosankan macam kriket yang suka guna rakaman video atau bolasepak Amerika yang undang-undangnya pecah kepala kita nak faham.
Malahan abang Subkhiddin kita pun tak setuju guna teknologi dalam bolasepak.

No comments:
Post a Comment
comment..please?