Sunday, April 11, 2010

speaks about football

Perangai Arsenal.

Positif – Bersemangat muda. Sentiasa haus kejayaan. Suka bermain pasing-pasing cantik.

Negatif – Tulang rapuh. Sentiasa tercicir dalam sukan. Suka shuffle.


Perangai Man U.

Positif – Semangat lain macam. Suka gula-gula getah dan suka memakai skaf belang hijau kuning. Suka orang Korea.

Negatif – Suka menyalahkan orang lain terutamanya pengadil. Suka kepada lebih masa dan membuatkan masa permainan jadi panjang dan akhirnya penonton terlambat masuk wayang, dan terlepas melihat trailer filem2 best. Mudah gelabah bila Liverpool menang walaupun dengan team lain.


Perangai Chelsea.

Positif – Kaya. Menghormati orang Afrika. Mempopularkan muzik Blues dan komik 'Blues untuk aku'.

Negatif – Tidak pandai menyembunyikan kecurangan. Asyik kantoi dengan skandal seks. Tidak pernah menang piala eropah. Sentiasa rendah diri kerana orang cakap mereka tidak ada prestij. Untuk nampak prstij, dia cuba jatuhkan prestij orang.


Perangai Liverpool.

Positif – Sentiasa sabar. Orang kutuk macam mana pun, masih sabar. Bermaruah tinggi dan tidak pernah rasa rendah diri. Adil, dan ini dibuktikan pada perlwanan menentang pasukan tidak kuat dan kadang-kadang Liverpool main macam pasukan itu juga. Ada cikgu yang mengajar di pedalaman yang tidak ada KFC.

Negatif – Mempromosikan Carlberg. Suka buat orang tertunggu-tunggu. Contohnya, liga inggeris dah 20 tahun tak menang. Suka Lucas dan ultra defensif.


Perangai harimau muda

Positif- Mesra haiwan, guna nama binatang. Sangat berkemahiran tinggi. Ada masa hadapan cerah. Rambut stail balung ayam.

Negatif – Mudah kena tipu, contohnya, cakap main game kompetatif, tapi setakat game persahabatan sahaja. Masa hadapan cerah tetapi apabila sudah ke hadapan, mendung pula. Kadang2 terus ribut.


Perangai Spurs

Positif – Suka ayam.

Negatif – Ayam terlepas tangan bau taik.

2 comments:

  1. untuk makluman saudari,
    warna hijau kuning adalah warna asal pasukan man u.
    dan asal nya beliau adalah satu team kg pendalaman. namun, setelah bergabung dgn pasukan lain yg berada di manchester kerana itu nme nye united.

    saya suka man u. tapi saya tak suka org korea kecuali park ji sung.

    sekian terima kasih.

    nota tmbhn: mentang2 sokong liverpool semua baik kaw letak kat situ. :P

    ReplyDelete
  2. haha.. aku arsenal la.. nanti aku repair balik. xde idea nak ltak pe kat liverpool

    ReplyDelete

comment..please?