Saturday, June 8, 2013

Hujan.

Kadang-kadang kita rindu dengan hujan yang menyapa muka kita walaupun huja  selalu buat baju yang kita sidai di ampaian tak kering.

Friday, June 7, 2013

Kuning


Kita akan duduk di atas puncak itu
Kita menghirup meggi separuh mentah
Yang kita masak seminit tadi
Yang kita makan kerana lapar yang tak tertahankan

Kita bercerita perihal masa lalu kita yang indah
Sambil melihat bintang malam
Dan aku akan berpura-pura memerhatikan bulan purnama
Sedangkan aku merenung kamu

Dan "Yellow" akan menyanyi-nyanyi di telinga kita sepanjang malam.