Monday, February 6, 2012

kawan saya yang hebat. :)

Ini munirah. Sempena birthday saya, dia pakai tudung secara permanent dan official. Hebatkan dia? Bukan senang okehh. Tempe (referring to local indians) kutuk dia suruh bukak, member panggil ustazah la, even she have to fight her own nafsu. Ye lahhh. Siapa yang tak bernafsu kalau ade rambut cantik tapi x boleh tunjuk? Hurmm.. But she was really tough. Badan je kecik.

Aku punya inspired by her strong will sbb pakai tudung secara permanent. Alhamdulillah. Skrg aku rombak balik closet aku, buang baju2 yang x seberapa nak err.. Korg paham sendirilah and start wearing all those loose clothes yang menutup bukit bukau depan dan belakang. Hehe. Dan tudung pun insyaAllah akan cuba menutupi dada. Stoking kaki dan tangan jgn sekali tinggalkan ye tuan2 dan puan2.

Bunyi je macam senang.. Tapi.. Mak aii. Susah la weyhh. First, baju2 loose ni mmg payah nak jumpa kat market skrg. Kalau jumpa, mmg nasib baik. Bukan xde, tp mmg susahhhh sgttttt nak jumpa. Dah pulak badan aku ni mcm besar sikit, kena effort sikit la xnak bg nampak ketat. Second, berperang dgn nafsu ber'fesyen'. Ni sumpah hari2 bermain- main dlm kepala aku. Siapa xnak pakai mcm hana tajima or fatin liyana kan? Tapi, tu main reason kita tutp aurat? Menyenangkan mata manusia or Allah? X salah rasanya nak lawa. Sedangkan Allah itu cantik dan sukakam kecantikkan. Tapi dalam nak cantik tu,kita kena lah ingat. Part of our aurat is modesty. I know its though.  Tips? Xde yg istimewa sgt lah. Aku cuma ingat ni je " apalah sangat pandangan manusia kalau nak dibandibgkan dgn pandangan Allah."

Banyak sebenarnya nak cerita ni. Tp bila blogging through phone rasa macam tak nikmat je nak type panjang2. InshaAllah. Next entry i'll give some tips how to tutup ur aurat properly

Sekian, Assalamualaikum. :) :)


Saturday, February 4, 2012

hadiah saya buat Rasulullah. :)

saya nak berhijrah.
saya nak tinggalkan semua
keluar dari kepompong kejahilan
dan jadi orang baru

saya nak mulut saya basah
basah mengingati Allah dan Rasul-Nya
basah membaca ayat-ayat cinta dari Allah
basah dengan doa-doa

saya nak mata saya melihat
ciptaan Allah yang indah
bertasbih memuji kekuasaanNya
saya nak mata saya menangis
air mata penyesalan
air mata taubat

saya nak badan saya sihat
supaya saya boleh solat dengan sempurna
supaya saya boleh membantu org yg dlm kesusahan
supaya saya boleh berusaha
untuk berjaya di dunia dan akhirat

saya nak akal saya cerdas
supaya saya dapat berfikir akan kebesaranNya
supaya akal saya peenuh dengan ingatan kepadaNya
supaya saya mampu menggunakan akal saya
membantu umat manusia dan umat Islam khususnya

saya nak hati yang suci
supaya hati saya penuh dengan rasa cinta kepada Allah
rasa cinta kepada Rasulullah
supaya hati saya berdetik perkara yang baik-baik sahaja
supaya hati bergetar mengenangkan azab neraka
maka hati saya tidak lalai

Ya Allah, saya hambaMU sekecil kuman
umat kepada sebaik-baik manusia
besar nikmat ni, ya Allah.
Hari jadi Rasulullah
hadiah saya ialah hijrah
saya tau susah
tapi saya nak juga berusaha,
sebab bila saya jumpa Rasulullah di syurga nanti (insyaAllah)

sebab saya nak beri yang hadiah yg terbaik kepada Rasulullah

amin.