Thursday, December 3, 2009

MONEY! MONEY! MONEY!



orang kata, money can't but beauty
tapi dengan duit, kita boleh pergi salon, slimming centre, gym, spa...
nanti jadi cantik jugak kan?


orang kata, duit tak boleh beli kesihatan
tapi, bila kita berduit, kita boleh pergi ke hospital yang mahal-mahal, dapatkan doktor terbaik, boleh beli ubat mahal-mahal, boleh beli suplement la...
kalau sakit pun, masih boleh dapatkan rawatan terbaik kan?

orang kata, duit tak boleh beli kepandaian
tapi duit boleh hantar kita ke universiti terbaik dunia, menggaji guru yang paling hebat
kalau macam tuh, tak mustahil kita bleh jadi pandai kan?

orang kata, duit tak boleh beli kebahagiaan
tapi aku pernah baca kat paper ( serius ni! aku betul-betul baca nih!)
"kajian menunjukkan duit boleh membeli kebahagiaan. mereka yang berduit dikatakan lebih bahagia kerana kurangnya keresahan mereka terhadap kekurangan duit. mereka yang kurang berada lebih kerap memikirkan tentang duit dan keresahan mereka ini boleh menyebabkan kebahagian mereka kurang"
tengok? siapa kata duit tak boleh beli kebahagiaan?

duit beli segalanya ke?


apa yang duit tak boleh beli?


duit tak boleh beli taufik dan hidayat
ya.
tak boleh beli petunjuk dan rahmat TUHAN
ia cuma hadir jika manusia itu benar-benar beusaha mencarinya
hamba-hamba tertentu yang tepilih sahaja
kita cuma mampu berdoa moga-moga kita tergolong dalam lingkungan hamba yang beruntung itu
merasa manisnya keimanan
keindahan islam

wallahualam...



4 comments:

comment..please?