Monday, December 27, 2010

lerr. dah free hair? =.=!

masa zaman saya sekolah asrama dulu, saya paling suka melawan. sekolah asrama saya dulu ni boleh la saya kira macam sekolah agama. ye. SEKOLAH AGAMA. kalau saya sebut ni mesti ramai tak percaya. kalau saya cakap saya dapat A bahasa arab PMR pun, tak tentu orang percaya. teringat masa saya naik bas ekspres ke Melaka, ada sorang kakak tu mati- mati tak percaya saya belajar bahasa arab sebab saya tak pakai tudung labuh. haish. mentaliti orang kita. berbalik kepada cerita asrama tadi, masa saya form 2, ada lah undang-undang di sekolah konon nya pelajar perempuan DIWAJIBKAN memakai tudung labuh. alah, tudung labuh bulat-bulat macam budak sekolah agama tu. ko ingat aku nak pakai?? SORRY SKET! maka, atas kedegilan saya itu, saya pun dipanggil ke bilik pengawas dan diberi sepatah dua kata oleh BADAR dan PENGAWAS sekolah sebaya dengan umur saya ketika itu. wahhh, saya mati-mati bangkang arahan diaorang tu. ye la, kenapa pula saya nak pakai tudung labuh. budak-budak yang pakai tudung labuh kat sekolah pun, belum tentu pakai tudung di luar. ye tak? plus, before saya bersekolah, saya cuma pakai tudung ala-ala part time je. haish. maka, atas kedegilan saya, saya pun dibawa berjumpa dan di torture oleh kakak senior. saya dengan sekali lagi memegang kepada prinsip saya untuk tidak mahu pakai. disogok dengan pelbagai hadis dan macam-macam supaya saya menangis dan insaf. saya buat tak endah juga. maka, dengan bengang nya, seorang kakak ni pun suruh saya bagi sepuluh sebab kenapa saya tak mahu pakai tudung labuh. tulis dalam kertas dan bagi secara personal kepada beliau. xperlulah saya list balik apa yang saya tulis. sebab saya pun dah lupa dah.

apa point saya cerita menatang alah ni semua..? sebab saya nak cakap, one of the kakak yang torture saya tu, dah FREE HAIR DAH SEKARANG!

terkejut kan? jangan kan kakak tu, kawan-kawan se'batch' pun ada yang dah berani-berani bukak tudung. haish. manusia memang senang berubah. padahal ni semua geng2 yang pakai tudung labuh masa di sekolah dulu. siap berani tukar profile picture kepada yang tidak bertudung lagi tu. alhamdulillah, saya punya tudung masih melekat di kepala. :)
malu lah sikit dengan saya ni. hish.

kalau siapa-siapa yang berkenaan tu, terbaca post ni, pergilah tukar balik gambar profile picture dan sewaktu dengan nya tu, yang free hair tu, tukar balik ke yang bertudung pulak. tengok pun menyampah kalau awak free hair.

4 comments:

  1. haha..mmg byk owg mcm tu kn.. bgos la awk stl pkai tudung. sye respevt gyrl2 yg pkai tudung
    look nice wut..
    >.<

    ReplyDelete
  2. alaahhhhhh, obvious kot dalam FB!

    ReplyDelete

comment..please?