Saturday, February 6, 2010

dari perempuan ke perempuan

sebab ape kau bace entry ni? sebab kau mesti.. sebab kau pun seorang perempuan.

kau ada maruah dan harga diri. kau kene jaga tu semua. sebab maruah keluarga dan mak ayah kau pun tertampung pada bahu kau. kau jangan lah melakukan perkara yang memalukan diri kau dan diri mak ayah kau..oke?

kan aku dah cakap tadi. kau ni perempuan. macam mana pun kau cuba nafikan nya, kau tetap la seorang perempuan. walaupun kau ber-jeans dan tidak ber skirt seperti yang lain, kau tetap lah seorang perempuan. kau sangat lembut. hati kau macam kaca. keras, tapi mudah pecah. kadang-kadang, adalah lebih baik kau zahirkan perasaan kau tuh. biar orang faham dan kenal kau.

kau x perlukan lelaki untuk buat kau rasa cool dan hebat. u are great on ur own. kau boleh berkawan dengan beribu-ribu kawan lelaki, tapi kau kene ada at least seorang kawan perempuan juga di sisi. kawan perempuan yang kau boleh kongsi segala nya kepada mereka. mereka akan lebih bermakna padamu lebih dari kawan lelaki mu. percayalah.

kau yang bernama perempuan. kau dibuat daripada tulang rusuk kiri lelaki. yang terdekat dengan hati. tapi kau bengkok dan x boleh diluruskan. kalau diluruskan juga, kau patah. tapi, bengkok kau bukan bermaksud kau lemah. tapi kau bersifat pelindung. tulang rusuk bengkok kerana melindungi hati, jantung dan organ-organ penting badan. begitu juga la kau.

hargai diri kau. sayangi lah diri kau. sebab dirimu begitu berharga!!

2 comments:

comment..please?